Seringkali kita dibayangi dengan perkara seumpama ini.
Muka seiras tu jodoh ke?
Mula mula aku pun blurr bila Aina cakap "Hrmmm muka korang sama lah. Ada jodoh"
Aku cakap "Aku tak rasa sama pun. And kalau boleh aku taknak ada jodoh, aku nak jodoh panjang"
Lepastu Ariff "Betullah aina cakap, korang ada iras. In shaa Allah jodoh panjang sampai akhir hayat"
"Serius aku tak nampak sama pun weh. Btw trimas atas doanya. Amiiin"
Point yang aku nak cerita kat sini bukanlah pasal muka aku dan Encik Shafiq tu sama, sebab aku memang tak rasa sama pun. Tapi yang aku duk termenung tu pikir, betul ke muka sama, jodoh? Kalau muka tak sama, bukan jodoh ke? Takpe takpe takyah risau lah kalau muka korang dengan pasangan tu tak sama. Lek lek luu.
Meh nak citer.
Jodoh tu kan rahsia Allah. Kita takleh nak expect muka sama tu jodoh atau sebagainya. Kalau kawen sama bangsa boleh lah diterima, tapi buatnya seorang gadis Rusia kawen dengan pemuda Venezuela? So muka tak sama bukan jodohlah? Kesian lah. Mesti risau duk pikir pasal tu. Ramai je aku tengok yang kawen bahagia je, bukan atas faktor rupa yang sama.
Tetapi, menurut kajian manusia akan cenderung mencari pasangan yang sama dari segi hobi, minat dan sebagainya. Contohnya, kalau kau rasa kau lawa, confirm lah kan kau cari pakwe yang hensem. Kan kan kan? Kalau kau suka dengar muzik metal, haruslah kau suka kalau dapat buah hati yang layan Avenged Sevenfold. Ehhh tercakap pasal diri sendiri pulak. Hehe. Yelah, orang kata jodoh tu cerminan diri kita. So lebih kurang je; perangai ke, muka ke.
Tapi kalau yang tak sama minat or muka tu, jangan risau. Mungkin kau suka breakfast makan roti, dia suka breakfast nasi kerabu (orang Kelantan lah katakan) , jangan risau. Lunch kan dua dua still boleh makan nasi. Hahaha. Sebenarnya korang yang tak perasan. Orang kata, ada 12 spot yang sama antara kita dengan pasangan kita. Akan ada. Jangan risau.
Takde jugak?
Ishh leceh ah. Slow betul. Yelah, dua dua manusia kan, takkanlah nak cari 12 persamaan tu pun susah. Beza jantina je.
Okay yelah yelah aku tahu ada yang akan stress jugak bahawa rupa sama tu jodoh.
Hrmm
"Jodoh itu Allah beri tanda dengan keserasian jiwa dan juga wajah yang hampir mirip serupa. Walaupun kadang-kadang ada perbezaan, anggap itu keunikkan hubungan yang memerlukan untuk kita saling melengkapkan "
Tu benda yang sebenarnya. Kalaupun muka sama, tapi perangai tu macam Kutub Selatan dengan Afrika Timur, susah jugak. Yelah, kalau hari hari gaduh, benda kecik pun jadi modal perang, macam mana nak aman? In shaa Allah kalau kurang sabar, innalillah laa hubungan tu.
Kesimpulannya, benda ni bergantung kepada individu. Dah kalau kebetulan pasangan ada mirip, baguslah. Kalau yang rasa tak sama muka tu pun, tak kesah lah. Pernah dengar tak "every beauty needs a beast" ? So chill lah. Muka tak sama pun, kalau sama sama sayang, sama sama percaya, in shaa Allah panjang umur, ada jodoh. ☺ Jangan kecilkan skop pemikiran anda. Bukan korang yang tentukan jodoh ke bukan jodoh. Semua tu rahsia Allah.
Sekian.
Sekian.






No comments:
Post a Comment