Cinta Itu Ibarat Menunggu Teksi
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu teksi. Bila teksi itu datang, awak tengok teksi itu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu teksi yang lain." Awak pun biarkan teksi itu berlalu dan awak tunggu pulak teksi yang lain.
Kemudian, datang pula teksi yang kedua. Awak tengok teksi itu dan awak akan cakap, "Eee... teksi ini buruk sangat... mesti tak selesa. Dan mungkin teksi ini akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan teksi buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu teksi yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah teksi. Teksi yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk teksi yang kedua tadi tapi kali ini awak kata, "Emmm... . tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu teksi yang lain." Dan sekali lagi awak biarkan teksi itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti teksi yang seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik teksi yang datang ketika itu, walaupun teksi itu tak sebegitu sempurna.

Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak mahu. Walaupun yang datang itu adalah teksi yang ber aircond, adakah awak dapat pastikan bahawa teksi itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin teksi itu tak terlalu sejuk untuk awak?
Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "teksi" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya turun daripada teksi itu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah teksi datang (tentulah teksi yang awak nanti- nanti kan), awak tahan teksi itu tapi pemandu tu pulak buat tak faham dann pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha... . Bila ada teksi yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Silalah belajar MOVE ON ye.
Bodoh sebenarnya untuk mengejar teksi tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu teksi, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada teksi tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
Moral: Lelaki yang baik masih ada, tapi masih tak cukup kacak bagi awak. 😝

No comments:
Post a Comment