Cinta Itu Ibarat Menunggu Teksi

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu teksi. Bila teksi itu datang, awak tengok teksi itu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu teksi yang lain." Awak pun biarkan teksi itu berlalu dan awak tunggu pulak teksi yang lain.

Kemudian, datang pula teksi yang kedua. Awak tengok teksi itu dan awak akan cakap, "Eee... teksi ini buruk sangat... mesti tak selesa. Dan mungkin teksi ini akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan teksi buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu teksi yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah teksi. Teksi yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk teksi yang kedua tadi tapi kali ini awak kata, "Emmm... . tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu teksi yang lain." Dan sekali lagi awak biarkan teksi itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti teksi yang seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik teksi yang datang ketika itu, walaupun teksi itu tak sebegitu sempurna.

Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak mahu. Walaupun yang datang itu adalah teksi yang ber aircond, adakah awak dapat pastikan bahawa teksi itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin teksi itu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "teksi" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya turun daripada teksi itu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah teksi datang (tentulah teksi yang awak nanti- nanti kan), awak tahan teksi itu tapi pemandu tu pulak buat tak faham dann pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha... . Bila ada teksi yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Silalah belajar MOVE ON ye. 

Bodoh sebenarnya untuk mengejar teksi tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu teksi, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada teksi tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Moral: Lelaki yang baik masih ada, tapi masih tak cukup kacak bagi awak. 😝

CINTA DALAM TIN


Tinta malam ini.

CINTA DI DALAM TIN.
.
.
Cinta itu bukan untuk di pandang. Bukan juga untuk di dengar. Tapi cinta itu untuk di nikmati. Bagaimana ia di nikmati itu pula jadi persoalan. Cinta itu umpama sardin dalam tin. Ia bisa di dapati dimana-mana. Di gedung-gedung mewah hingga ke kedai kedai kecil di kampung. Tapi ketika tin sardin itu dalam gengaman, timbul persoalan, bagaimana ingin menikmati isinya. Jika hanya di pegang atau hanya di letak di rak dapur, pasti ia akan usang di situ tanpa memberi apa-apa makna untuk kita.
.
Begitu juga cinta. Bukan hanya surat sepanjang masa, bukan untuk hanya di lihat. Bukan juga untuk didengar suaranya di telefon, api adalah sesuatu yang harus di nikmati. Aku ulang lagi, ia seharusnya di nikmati.
.
Menikmati cinta itu umpama juga menikmati sardin. Untuk menikmati sardin perlu tahu bagaimana untuk membukanya. Jika membuka sardin, harus hati-hati agar cinta tidak sakit, kita juga tidak terluka. Kemudian apabila berjaya membuka sardin tadi, harus juga tahu bagaimana cara untk menjamahnya. Ia bisa di dijamah begitu sahaja dari tin, ia juga bisa di campur dengan bahan-bahan lain untuk dimasak, baru di jamah lahap. Boleh di jamah di atas meja, di kedai, di rumah juga di tepi-tepi jalan.
.
Tapi aku terlupa hal yang penting, untuk menikmati sardin pastikan ia sardin yang sudah di beli. Jangan sardin curi. Cinta juga begitu, pastikan sudah di nikahi. Barulah boleh nak buka buka. Tapi biasanya, rasa srdin curi itu juga sedap, tinggal persoalan dosa dan pahala.
.
Renung renungkan.
Purple Bow Tie