[ TUTORIAL PEMBAYARAN HOSTEL & YURAN PENDAFTARAN MELALUI CIMB CLICKS (ONLINE) ]



Assalamualaikum.

Disini disertakan tutorial bergambar (credit to owner) cara pembayaran Yuran Pendaftaran Semester Baru (Returning Students) UniKL BMI menggunakan bill payment CIMB CLICKS 

Buka cimbclicks anda dan log in macam biasa :)


 http://cimbclicks.com.my/

  No automatic alt text available.




No automatic alt text available.






No automatic alt text available.
* NO INVOICE UNTUK PEMBAYARAN HOSTEL HANYA PERLU LETAK NO ID ANDA SAHAJA.
*NO INVOICE UNTUK PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN DISARANKAN LIHAT DI MY LEDGER MASING-MASING. ECITIE>FINANCE>MY LEDGER




No automatic alt text available.

Done! *Untuk pembayaran hostel anda dinasihatkan untuk membuat pengesahan bayaran secara ONLINE. :)


Semoga bermanfaat untuk semua :)

[ TUTORIAL PEMBAYARAN HOSTEL & YURAN PENDAFTARAN MELALUI KHIDMAT PUNGUTAN (KAUNTER CIMB) UNIKL BMI]


Hi Assalamualaikum. 

*Dah berhabuk teruk blog ni ya. lahai.*

Kepada warga UniKL khususnya student UniKL British Malaysian Institute yang dah lupa macam mana cara nak bayar yuran hostel dan pendaftaran semester baru (Returning Students), disini akak bajet senior kohkoh sertakan tutorial. Maklumla satu semester sekali je buat benda alah ni. 


Oh ya. Tahniah kerana terpilih untuk menjadi penghuni kamsis. Sedia maklum susah nak dapat hostel :(

 *Credit to owner gambar (Fakhri)

Tutorial bayaran hostel ATAU pendaftaran semester baru menggunakan khidmat pungutan CIMB (Collect Service)

No automatic alt text available.

1) Nama Pembayar : NAMA PENUH ANDA
2)No. IC : NOMBOR IC ANDA
3)Jumlah wang tunai : JUMLAH BAYARAN HOSTEL ATAU PENDAFTARAN (HURUF). Dalam kotak sebelah tu tulis dalam bentuk angka.
4)No. Akaun / Rujukan : NOMBOR INVOIS
*bagi pembayaran hostel, nombor invois adalah NOMBOR ID ANDA
*bagi pembayaran yuran pendaftaran, nombor invois SILA RUJUK DI ECITIE>FINANCE>MY LEDGER
 5)Nama Penerima:AKAUN PUNGUTAN UNIKL BMI


Okay. Done isi? Terus ke kaunter CIMB beserta bayaran anda. Simpan salinan untuk rujukan masa hadapan.


Semoga bermanfaat untuk semua :)

Muka Seiras Itu Jodoh?


Seringkali kita dibayangi dengan perkara seumpama ini.
Muka seiras tu jodoh ke?
Mula mula aku pun blurr bila Aina cakap "Hrmmm muka korang sama lah. Ada jodoh"
Aku cakap "Aku tak rasa sama pun. And kalau boleh aku taknak ada jodoh, aku nak jodoh panjang"
Lepastu Ariff "Betullah aina cakap, korang ada iras. In shaa Allah jodoh panjang sampai akhir hayat"
"Serius aku tak nampak sama pun weh. Btw trimas atas doanya. Amiiin"
Point yang aku nak cerita kat sini bukanlah pasal muka aku dan Encik Shafiq tu sama, sebab aku memang tak rasa sama pun. Tapi yang aku duk termenung tu pikir, betul ke muka sama, jodoh? Kalau muka tak sama, bukan jodoh ke? Takpe takpe takyah risau lah kalau muka korang dengan pasangan tu tak sama. Lek lek luu.
Meh nak citer.
Jodoh tu kan rahsia Allah. Kita takleh nak expect muka sama tu jodoh atau sebagainya. Kalau kawen sama bangsa boleh lah diterima, tapi buatnya seorang gadis Rusia kawen dengan pemuda Venezuela? So muka tak sama bukan jodohlah? Kesian lah. Mesti risau duk pikir pasal tu. Ramai je aku tengok yang kawen bahagia je, bukan atas faktor rupa yang sama.
Tetapi, menurut kajian manusia akan cenderung mencari pasangan yang sama dari segi hobi, minat dan sebagainya. Contohnya, kalau kau rasa kau lawa, confirm lah kan kau cari pakwe yang hensem. Kan kan kan? Kalau kau suka dengar muzik metal, haruslah kau suka kalau dapat buah hati yang layan Avenged Sevenfold. Ehhh tercakap pasal diri sendiri pulak. Hehe. Yelah, orang kata jodoh tu cerminan diri kita. So lebih kurang je; perangai ke, muka ke.
Tapi kalau yang tak sama minat or muka tu, jangan risau. Mungkin kau suka breakfast makan roti, dia suka breakfast nasi kerabu (orang Kelantan lah katakan) , jangan risau. Lunch kan dua dua still boleh makan nasi. Hahaha. Sebenarnya korang yang tak perasan. Orang kata, ada 12 spot yang sama antara kita dengan pasangan kita. Akan ada. Jangan risau.
Takde jugak?
Ishh leceh ah. Slow betul. Yelah, dua dua manusia kan, takkanlah nak cari 12 persamaan tu pun susah. Beza jantina je. 
Okay yelah yelah aku tahu ada yang akan stress jugak bahawa rupa sama tu jodoh.
Hrmm
"Jodoh itu Allah beri tanda dengan keserasian jiwa dan juga wajah yang hampir mirip serupa. Walaupun kadang-kadang ada perbezaan, anggap itu keunikkan hubungan yang memerlukan untuk kita saling melengkapkan "
Tu benda yang sebenarnya. Kalaupun muka sama, tapi perangai tu macam Kutub Selatan dengan Afrika Timur, susah jugak. Yelah, kalau hari hari gaduh, benda kecik pun jadi modal perang, macam mana nak aman? In shaa Allah kalau kurang sabar, innalillah laa hubungan tu.
Kesimpulannya, benda ni bergantung kepada individu. Dah kalau kebetulan pasangan ada mirip, baguslah. Kalau yang rasa tak sama muka tu pun, tak kesah lah. Pernah dengar tak "every beauty needs a beast" ? So chill lah. Muka tak sama pun, kalau sama sama sayang, sama sama percaya, in shaa Allah panjang umur, ada jodoh. ☺ Jangan kecilkan skop pemikiran anda. Bukan korang yang tentukan jodoh ke bukan jodoh. Semua tu rahsia Allah. 
Sekian.

How to Get Her Attached to You


As a girl, I want a guy who...

🍄Spend time with me
🍄Texts me first
🍄Make me laugh
🍄Go on adventures with me
🍄Make me feel special
🍄Be playful
🍄Romantic
🍄Watch the sunset with me
🍄Climb the mountain with me
🍄Make me feel safe
🍄Have meaningful conversations
🍄Make funny faces
🍄Surprise me
🍄Sing to me (even if you are terrible)
🍄Don't give up on me
🍄Love me
🍄Tell me you love me
🍄Send me good morning texts
🍄Wake me up in the morning with charming voice😍
🍄Make the first move
🍄Introduce me to your family
🍄Be good to kids
🍄Be a good listener
🍄Be my best friend
🍄Cry with me
🍄Do nothing with me
🍄Call me at night
🍄Call me just to wish goodnight
🍄Be nice to my pets
🍄Be yourself
🍄Never doubt me
🍄Trust me
🍄Remember the little things
🍄Take pictures with me
🍄Tell me you missed me
🍄Stargaze with me
🍄Be a gentleman
🍄Make a mess with me
🍄Eat ice cream with me
🍄Have a picnic with me
🍄Tell me your secrets
🍄Open up to me
🍄Comfort me
🍄Fight with me playfully
🍄Watch movies with me
🍄Walk on the beach with me
🍄Persuade me to study in a nice tone
🍄Never get mad at me
🍄Not easily get jealous
🍄No harsh words
🍄Able to persuade when I'm sulking
🍄Teach me something new

A Good Boyfriend


The best boyfriend is...
~a boy who is afraid of losing you ❤
~a boy who will stand by you forever ❤
~a boy who gives you cute nicknames ❤
~a boy who makes you some food ❤
~a boy who accepts your imperfections ❤
~having a boyfriend that motivates you is more than just a blessing 
~a boy who texts you first ❤
~a boy who loves and respects your and his mother ❤
~a boy who is your lover and your best friend ❤
~a boy who will never hurt your feelings ❤
~a boy who makes your day, everyday ❤
~a boy who will always be on your side ❤ he'll never blame you, never agrees with your enemy
~a boy who you can talk with for hours ❤
~a boy who is protective to his girl ❤
~a boy who makes you forget about your insecurities ❤
~a boy who makes you laugh when you're mad ❤
~a boy who smells good ❤
~a boy who is worth the wait ❤

Cinta Itu Ibarat Menunggu Teksi

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu teksi. Bila teksi itu datang, awak tengok teksi itu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu teksi yang lain." Awak pun biarkan teksi itu berlalu dan awak tunggu pulak teksi yang lain.

Kemudian, datang pula teksi yang kedua. Awak tengok teksi itu dan awak akan cakap, "Eee... teksi ini buruk sangat... mesti tak selesa. Dan mungkin teksi ini akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan teksi buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu teksi yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah teksi. Teksi yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk teksi yang kedua tadi tapi kali ini awak kata, "Emmm... . tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu teksi yang lain." Dan sekali lagi awak biarkan teksi itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti teksi yang seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik teksi yang datang ketika itu, walaupun teksi itu tak sebegitu sempurna.

Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak mahu. Walaupun yang datang itu adalah teksi yang ber aircond, adakah awak dapat pastikan bahawa teksi itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin teksi itu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "teksi" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya turun daripada teksi itu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah teksi datang (tentulah teksi yang awak nanti- nanti kan), awak tahan teksi itu tapi pemandu tu pulak buat tak faham dann pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha... . Bila ada teksi yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Silalah belajar MOVE ON ye. 

Bodoh sebenarnya untuk mengejar teksi tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu teksi, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada teksi tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Moral: Lelaki yang baik masih ada, tapi masih tak cukup kacak bagi awak. 😝

CINTA DALAM TIN


Tinta malam ini.

CINTA DI DALAM TIN.
.
.
Cinta itu bukan untuk di pandang. Bukan juga untuk di dengar. Tapi cinta itu untuk di nikmati. Bagaimana ia di nikmati itu pula jadi persoalan. Cinta itu umpama sardin dalam tin. Ia bisa di dapati dimana-mana. Di gedung-gedung mewah hingga ke kedai kedai kecil di kampung. Tapi ketika tin sardin itu dalam gengaman, timbul persoalan, bagaimana ingin menikmati isinya. Jika hanya di pegang atau hanya di letak di rak dapur, pasti ia akan usang di situ tanpa memberi apa-apa makna untuk kita.
.
Begitu juga cinta. Bukan hanya surat sepanjang masa, bukan untuk hanya di lihat. Bukan juga untuk didengar suaranya di telefon, api adalah sesuatu yang harus di nikmati. Aku ulang lagi, ia seharusnya di nikmati.
.
Menikmati cinta itu umpama juga menikmati sardin. Untuk menikmati sardin perlu tahu bagaimana untuk membukanya. Jika membuka sardin, harus hati-hati agar cinta tidak sakit, kita juga tidak terluka. Kemudian apabila berjaya membuka sardin tadi, harus juga tahu bagaimana cara untk menjamahnya. Ia bisa di dijamah begitu sahaja dari tin, ia juga bisa di campur dengan bahan-bahan lain untuk dimasak, baru di jamah lahap. Boleh di jamah di atas meja, di kedai, di rumah juga di tepi-tepi jalan.
.
Tapi aku terlupa hal yang penting, untuk menikmati sardin pastikan ia sardin yang sudah di beli. Jangan sardin curi. Cinta juga begitu, pastikan sudah di nikahi. Barulah boleh nak buka buka. Tapi biasanya, rasa srdin curi itu juga sedap, tinggal persoalan dosa dan pahala.
.
Renung renungkan.
Purple Bow Tie